Sunday, 29 January 2012

Lagu Untuk Study? Hmm..

 Assalamualaikum, dalam post kali ne aku ingat nak share dengan korang collection lagu-lagu yang SESUAI untuk korang study..Trust me! Lagu2 dye memang best dan sangat santaii..korang akan rasa tenang je bagus disesuaikan untuk semua student tidak kira dari semua peringkat umur..Yelah, dari korang mendengar lagu-lagu yang haru biru tu eloklah korang dengar lagu-lagu macam ne..haha..

 Okay, aku link kan sekali salah satu dari koleksi lagu-lagu tersebut..terimalah..^_^


Study Music Project - Smoothie Samba

 Okay, lagu-lagu korang takkan jumpa kat mana tempat yang free tau..haha..ada hak cipta tuu..Tapi korng jangan risau, aku sempat menyempat jugalah nak convert video2 ne ke dalam MP3..Enjoy okayhh..!
 \ ( @.@ ) / 


" Klik link di atas untuk men"download" ^_^

Tuesday, 3 January 2012

Panduan Menyediakan Buku Log Pengakap


Pengenalan

Dewasa ini, mutu Pengakap yang ditunjukkan hari ini semakin dipertikaikan di mana-mana tempat wujudnya Pergerakan Pengakap ini. Dalam perkara ini, langkah terbaik yang harus dilakukan oleh para Pemimpin bukanlah menuding jari sesama sendiri ataupun terus duduk diam tanpa sebarang tindakan susulan. Para Pemimpin haruslah menguatkan semangat dan menaikkan semula semangat serta komitmen mereka untuk memimpin dan membantu ahli Pengakap dibawah bimbingan mereka. Kekurangan dari segi pengetahuan dan sumber rujukan bukanlah sesuatu alasan yang seharusnya ditimbulkan kerana secara tidak langsung, apabila ianya muncul, semangat Berpengakap itu dengan sendirinya akan berkurangan dan semakin menjadi malap.

Apa yang harus disematkan di dalam minda Pemimpin itu sendiri adalah Pengakap itu merupakan satu Pendidikan Sepanjang Hayat. Pemimpin Pengakap di peringkat yang tertinggi pun tidak lepas daripada tuntutan untuk belajar dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam Berpengakap. Ini adalah untuk memastikan bahawa Kepengakapan itu sentiasa relevan dan diterima walau macamana sekalipun perubahan yang berlaku terhadap persekitaran dan gaya hidup masyarakat.

Satu contoh pembelajaran dalam Pengakap di semua peringkat adalah mengajar serta melatih Pengakap lain dan diri sendiri bagaimana menyediakan buku log.

Saya sendiri telah melihat dan meneliti beratus naskah buku log Pengakap yang rupa, bentuk dan cara penyediaannya berbeza antara satu sama lain. Hasil penelitian ini telah saya gabungkan dengan kehendak pemeriksa, kesesuaian serta kepadatan isi kandungan dan saya wujudkan dalam bentuk satu garis panduan yang boleh membantu Pemimpin dan para ahli Pengakap dalam menyediakan sesebuah Buku Log.

Panduan yang ditulis ini bukanlah satu kaedah yang MUKTAMAD ataupun wajib dipatuhi dipatuhi, tetapi sekadar garis panduan untuk memudahkan para pembaca memahami kaedah serta bagaimana memulakan penulisan sesebuah buku log.

APAKAH ITU BUKU LOG?

Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai ‘Buku Log’.

Buku Log seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu. Ianya juga boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pengakap.

Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik.

Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut.

NOTA:
Semasa Ujian Penganugerahan BP Award, buku log peserta akan diperiksa oleh Lembaga Penilai BP Award untuk melihat sejarah serta penglibatan peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. Jadi, pemeriksa akan mengharapkan yang peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijil-sijil kelulusan bagi lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka.



Setakat ini, tiada had piawai bagi jumlah mukasurat sesebuah buku log. Namun berdasarkan pengalaman, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200 – 300 helaian dan sebaiknya yang berkulit tebal agar ianya boleh disimpan dengan baik pada satu jangka masa yang lama.


Namun begitu, bukan senang untuk menjaga sebuah buku untuk satu tempoh yang lama. Malah ianya berkemungkinan hilang dalam sesuatu program atau aktiviti yang disertai oleh seseorang Pengakap. Kesannya, seseorang Pengakap yang kehilangan buku lognya harus memulakan semula catatan buku lognya dari awal. Nota tersebut mungkin boleh ditulis semula, tetapi bagaimana pula dengan pengesahan Pemimpin yang telah diterimanya?

Berikut merupakan cadangan bagaimana pembahagian catatan Buku Log bagi tajuk-tajuk asas yang sesuai dan mudah dijaga oleh seseorang Pengakap.

1) Catatan Peribadi + Lencana Keahlian + Vigil + Pertabalan - 1 buku
2) Lencana-lencana Kemajuan - 1-5 buku
3) Projek - 1 buku
4) Program atau Aktiviti Khas (jika ada) - 1 buku






* Bagi semua unit-unit Pengakap di atas, program atau aktiviti tambahan yang disertai seperti perkhemahan, kursus, jambori dan sebagainya boleh dimuatkan dalam 1 buku berasingan.

Kegunaan Buku Log sebenarnya bukan hanya terhad kepada ahli Pengakap yang ingin mengambil ujian. Pemimpin serta Pesuruhjaya Pengakap juga masih boleh menggunakan kaedah buku log untuk merekodkan benda-benda seperti berikut :

- Kemajuan atau prestasi ahli Pengakap di bawah bimbingannya.
- Kursus dan seminar yang dijalani
- Jambori dan perkhemahan yang dihadiri
- ‘Trip’ atau rombongan lawatan yang disertai


Halaman pertama

Halaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (First impression evaluation).

Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis. Contoh maklumat adalah seperti berikut :

Maklumat Asas
Nama Penuh
No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan
Tarikh dan Tempat Lahir
No. telefon / Telefon bimbit
Alamat e-mail / url
Alamat surat menyurat

Maklumat Kepengakapan
Tarikh Mula Berpengakap
Nama Sekawan / Patrol (terkini)
No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini)
Nama dan alamat Sekolah (terkini)
Daerah (terkini)

Maklumat Waris dan Alamat Perhubungan
Alamat tetap
Nama Bapa dan pekerjaannya
No. telefon / Telefon bimbit
Nama Ibu dan PekerjaannyaNo. telefon / Telefon bimbit


Halaman kedua

Halaman kedua selalunya adalah lebih baik dimuatkan kandungan atau sukatan bagi ujian lencana (bagi buku log lencana). Ruangan untuk tandatangan pengesahan pemimpin beserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang disenaraikan.

Nota :
Di masa lepas, setiap Pengakap dibekalkan dengan 'Kad Ujian' (Laporan Kemajuan) mengandungi sukatan ujian serta ruangan tandatangan Pemimpin. Dan kad ini dilekatkan pada buku log.

Pada hari ini, Buku Log berfungsi sebagai 'Kad Ujian' bagi setiap ahli Pengakap.


Ruangan Catatan di setiap muka surat


Adalah dicadangkan agar ruangan selebar 1 – 2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log. Ini adalah untuk memudahkan perkara-perkara berikut :

1) Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku.
2) Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan.
3) Penambahan fakta
(jika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi sesudah penulisan nota)

Contoh kegunaan ruangan kosong di sebelah kanan setiap muka surat di dalam Buku Log.


Foto, lakaran dan sampel di dalam buku log

Penulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk ilustrasi untuk menyokong laporan ataupun nota di dalam buku log mereka. Namun, ianya haruslah tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan pengalaman ataupun apa yang telah dilakukan oleh penulis.


Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam Pengembaraan di mana ahli Pengakap diarahkan untuk mengumpulkan sampel tertentu seperti tumbuhan, serangga dan sebagainya, penulis buku log haruslah mempelajari teknik mengawet (sekiranya perlu) dan sampel boleh dilekatkan di dalam buku log mereka.

Lakaran ataupun lukisan sebaik-baiknya dilukis sendiri oleh penulis. Pemeriksa buku log tidak menilai atas cantik atau tidaknya sesebuah lukisan yang dibuat di dalam buku log,Apa yang lebih penting ialah penulis berupaya menyampaikan laporan serta nota dengan jelas hasil dari kerja tangan mereka sendiri.


Bentuk penulisan dan isi nota


Penulisan di dalam Buku Log haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan ayat yang panjang berjela-jela


Contoh laporan..
Apakah yang perlu dimuatkan di dalam Catatan peribadi?
Buku Log Catatan Peribadi lebih merupakan 'Profail' diri penulis secara keseluruhan.
Di dalam buku tersebut, antara bahan-bahan yang boleh dimuatkan adalah seperti berikut :
1) Maklumat lengkap penglibatan dalam Pengakap
2) Kursus-kursus yang telah dihadiri (beserta salinan sijil berkaitan)
3) Ujian-ujian yang telah dilepasi (beserta salinan sijil berkaitan)
4) Kemahiran khusus atau luar skim latihan yang dimiliki.


Kesimpulan


Apa yang dicatatkan di dalam Buku Log haruslah berbentuk laporan terhadap apa yang telah dilakukan oleh penulis dan bukannya SALINAN nota dari bahan rujukan lain. (Kecuali sesetengah nota yang berbentuk fakta seperti lagu kebangsaan, tugas dan fungsi jawatan-jawatan tertenu dan sebagainya).


Buku Log adalah merupakan nadi kepengakapan seseorang ahli Pengakap. Ianya merupakan bukti kepada kesungguhan, komitmen serta penglibatan ahli dalam aktiviti, program dan ujian sepanjang mereka berpengakap.
















Sunday, 1 January 2012

14 teknik mencari arah Utara


 Mencari arah utara ini penting dalam navigasi, terutama untuk peta. jadi harap kita semua dapat ilmu dari usaha ini ok dan bersama-sama mengamalkannya.

1.Dengan melihat tumbuhan 'lumut; yang selalunya akan tumbuh atau tebal di bahagian dibahagian utara (kurang cahaya) pada sebelah pokok atau batu. Ia akan tumbuh dengan segar diarah itu.

2.Dengan melihat sarang labah-labah (spider). Dimana sarang akan selalunya dibina ke sebelah arah selatan pokok. Jadi tahulah arah utara.

3.Dengan menggunakan jam tangan anda. Caranya seperti berikut:




a. Pegang jam tangan di dihadapan badan anda dan pastikan jarum pendek jam menghala ke arah matahari. Daripada angka pukul 12:00 ke jarum pendek, bahagi kepada dua bahagian (seperti garisan oren dalam rajah di atas).

b. Jikalau waktu itu sebelum jam 6 pagi atau selepas 6 petang, bayangkan satu garisan di jam anda contoh seperti garisan oren dalam gambar, itulah menunjuk ke arah utara. Waktu dalam gambar di atas ialah 1:25 petang, maka garisan oren menunjukkan arah selatan.

c. Jika anda memakai jam tangan digital, lukiskan jam dalam sekeping kertas, dan ikut cara yang ditunjukkan seperti rajah di atas.

Pehatian untuk semua, cara di atas ini hanya sesuai untuk kawasan hemisfera utara sahaja. Untuk hemisfera selatan, caranya ialah seperti dalam rajah dibawah.



4.Dengan memggunakan kayu lurus (stick), Pacakan kayu itu secara menegak,dan tandakan dimanakan hujung bayang itu berada, kemudian tunggu 10 hingga 15 minit, kemudian tanda pula pada hujung bayang yang terakhir itu. Buat satu garisan lurus antara dua tanda tersebut dan anda telah dapat arah timur dan barat. Untuk mencari utara letakan kaki kiri anda pada tanda petama yang anda buat (barat), dan kaki kanan anda pada tanda bayang terakhir yang ditanda (timur). Ok sekarang anda menghadap UTARA, lihat gambar dibawah.





5.Dengan mencari bintang timur (north star-polaris), jika di hamisfera utara carilah bintang ini, Bintang ini dapat dikenali sebagai North star kerana ia yang paling terang bercahaya ' in handdle of little dipper'. jika lihat bintang ini,sekarang anda telah menghadap Utara. Lihat gambar dibawah.



6.Jika di hamisfera selatan, carilah bintang 'southern cross'.Bintang ini terbentuk dengan lima bintang dan empat yang paling terang yang membentuk cross. Yang paling bawah dari empat bintang yang membentuk cross itu ialah arah selatan, dan pasti anda tahu dinama arah utara.




7.Dengan melihat matahari terbit dari timur, dan 180 darjah (belakang anda) adalah arah barat,arah utara pula sebelah kiri anda.

8.Dengan melihat matahari terbenam ke barat, dan 180 darjah (belakang anda) adalah arah Timur,arah utara pula sebelah kanan anda.

9.Dengan melihat pergerakan awan,kebiasaannya ia akan bergerak dari barat ke timur (tidak berlaku disesetengah kawasan)

10.Dengan melihat pergerakan haiwan atau memerhati sarang burung yang lebih cenderung ke arah barat (+/-)

11.Dengan melihat tumbuhan yang menumpang (melilit) perhatikan dipenghujungnya (pucuk) yang lazimnya ke arah barat.

12.Dengan guna kompas jer...cari utara senangkan

13.Dengan menggunakan sistem GPS...carilah utara

14.Dengan mengetahui arah kiblat melalui bintang contoh gambar dibawah caranya carilah bintang rigel dan Bellatrix ia menunjukkan arah utara.


Hanya 14 teknik yang saya berjaya cari dan menulisnya. jika ada lagi teknik mencari arah utara sila taip diruagan komen tu. Sekarang anda semua dah membaca dan faham.Harap dapat sebarkan ilmu ini kepada kawan-kawan dan keluarga. Ia mungkin amat berguna pada masa atau waktu yang kita atau rakan ditimpa musibah dihutan Yang benar dari Allah dan yang salah dari saya, maaf juka ada kesilapan dalam penulisan saya. selamat membaca.

:D

ShareThis