Sebenarnya trip ni ialah trip yang kali kedua. Trip kali pertama tak lama sebelum tu..Baru dua tiga minggu yang sudah. Perjalanan untuk ke air terjun ni memakan masa sekurang-kurangnya dua jam bagi orang biasa..Tapi mana2 yang fit tu..50 minit ke sejam setengah pun kira okay suda..Haaa...layan dulu gambar2 trip yang ada :)
Tu diaaa Air Terjun Lepoh ^_^
Layannnnnn..
Jernihhhh
Haswan Redzuan
Cantik kan?
Bersama FeelFree Drybag..:)
Hydro Massage. Freeeee
Layan pon layan juga. Meh kita cerita sat bagaimana caranya untuk korang sampai ke sini..
1- Dari simpang masuk ke Sungai Congkak teruskan lagi perjalanan hingga tiba di simpang ini.
2- Masuk ke simpang ni dan teruskan perjalanan anda hingga tiba di hadapan Asli Adventure Camp.
Parking kat sini ye..Rm2 rasanya dia caj..Jangan risau, orang2 kat sini akan jaga kenderaan anda dengan baik. :)
Ikut jalan ni :)
Depan tu ada jambatan..cross jambatan tu
Jalan lagi ke depan akan jumpa lagi satu jambatan..Crosssssss
Dari sini teruskan sahaja perjalanan anda tu..:) Jangan masuk lorong kecil2 yang ada di sebelah kanan..Karang ada yang kena kejar dengan anjing belaan Orang Asli coz korang confirm masuk kebun diaorang..HAHA..nanti akan sampai simpang dimana ada laluan di kiri dan kanan. Lorong kiri akan menurun manakala lorong di kanan mendaki. Ambil lorong di sebelah kanan anda ye :)
3- Teruskan lagi perjalanan anda akan bertemu batang2 paip.Kalau jumpa tu..betul la laluan korang tu..
Jalan lagi kedepan..Jumpa rumah tnb ni..depannya tempat empangan kecil. Dah tak jauh dah tu :)
Tadaaaaaa... :o
Selamat menjelajah kawan-kawan ^_^