Friday, 31 August 2012

Semester Baruu Ohhhh

 Assalamualaikum uollss..haha..sedar tak sedar  cuti semester dua minggu kat Uniten ni dah pon tamat dan sekarang baru masuk hari ke 5 sejak semester baru dibuka :) Cuti semester still sama..aku tak kluar mlancong jauh2..Kerja lagi cuti-cuti ni..Siang pukul 6-11 pagi kerja kedai roti canai kat Kampung Teras Jernang. Bole tahan seronok kerja kat sini..Seronok makan roti dia laaa..haha..sedap bhai roti dia..Harga still 80 sen sekeping. Orang sentiasa ramai je lagi2 hari Sabtu ngan Ahad. Perghh..selipar aku tu cukup dua minggu kerja sana memang kena ganti dah..Berjalan sana sini sampai haus tapak selipar tu T.T

Uncle Taukeh yang pakai apron tu..CIk Ajim.

 Kerja aku mudah2 je..cuma membantu je apa yang patut..kadang-kadang amik order..hantar air..macam mudah kan? haha..Bolehlah dapat duit poket sikit walaupun aku still terima elaun Biasiswa JPA tu..haha..Malam pulak keje lagi..itupun member baik offer sebab orang kadang2 takde..jadi Marshall ( *apekebenda tu? O.O ). Marshall untuk pertandingan memancing kat Kolam Danau Pinggiran. Tugasnya cuma nak memastikan ikan yang didaratkan tu sah pendaratannya..haha..betulke bahasa aku ni? Maksudnya mata kail tu betul2 masuk dalam mulut ikan tu..bukan kat tempat lain..namanya BoLL. Mula dari pukul 9.30 hingga 1.30 pagi. Upah dia okay laaa..Kolam ni aku tak pasti sangat lokasi dia tapi memang dekat dengan Putrajaya :)



Wednesday, 30 May 2012

Air Terjun Lepoh Revisit

  Assalamualaikum semua...da terlalu lama rasanya sejak last sekali aku buat post..mungkin dalam 2-3 bulan lepas..Orite..Post kali ni aku nak share2 skit pasal trip terbaru aku kali ni bersama dengan buddy aku, Haswan Redzuan..panggil wan je..Mamat da selalu ikut aku kemana je trip2 yang aku plan. Dan aku kira dia faham cara aku dan aku pun paham cara dia..Kiranya ada keserasian skit la kut bila2 sahaja kami ON trip..Melalut panjang-panjang tak guna. Trip kita pada kali ni ialah ke Air Terjun Lepoh yang terletak di Hulu Langat..

 Sebenarnya trip ni ialah trip yang kali kedua. Trip kali pertama tak lama sebelum tu..Baru dua tiga minggu yang sudah. Perjalanan untuk ke air terjun ni memakan masa sekurang-kurangnya dua jam bagi orang biasa..Tapi mana2 yang fit tu..50 minit ke sejam setengah pun kira okay suda..Haaa...layan dulu gambar2 trip yang ada :)


Tu diaaa Air Terjun Lepoh ^_^

Layannnnnn..


Jernihhhh


Haswan Redzuan

Cantik kan?

Bersama FeelFree Drybag..:)
Hydro Massage. Freeeee

   Layan pon layan juga. Meh kita cerita sat bagaimana caranya untuk korang sampai ke sini..

1- Dari simpang masuk ke Sungai Congkak teruskan lagi perjalanan hingga tiba di simpang ini.


 2- Masuk ke simpang ni dan teruskan perjalanan anda hingga tiba di hadapan Asli Adventure Camp.

Parking kat sini ye..Rm2 rasanya dia caj..Jangan risau, orang2 kat sini akan jaga kenderaan anda dengan baik. :)


Ikut jalan ni :)
Depan tu ada jambatan..cross jambatan tu
Jalan lagi ke depan akan jumpa lagi satu jambatan..Crosssssss

  Dari sini teruskan sahaja perjalanan anda tu..:) Jangan masuk lorong kecil2 yang ada di sebelah kanan..Karang ada yang kena kejar dengan anjing belaan Orang Asli coz korang confirm masuk kebun diaorang..HAHA..nanti akan sampai simpang dimana ada laluan di kiri dan kanan. Lorong kiri akan menurun manakala lorong di kanan mendaki. Ambil lorong di sebelah kanan anda ye :)

3- Teruskan lagi perjalanan anda akan bertemu batang2 paip.Kalau jumpa tu..betul la laluan korang tu..


Jalan lagi kedepan..Jumpa rumah tnb ni..depannya tempat empangan kecil. Dah tak jauh dah tu :)

 
Tadaaaaaa... :o

Selamat menjelajah kawan-kawan ^_^

























Monday, 20 February 2012

Gunung Nuang Part Three

 Log Hari Terakhir:-

6.00 pagi - Solat Subuh dan mandi..Brrr...Brainfreeze!
7.00 pagi - Sarapan Pagi
* Sarapan pagi tu Roti Cicah Sardin Tumis Campur Kentang Goreng..Sedap Oww..

Pagi tu lpas Solat Subuh kami sambung lagi tidur..Best tidur kat hutan ne..Peluang bukan selalu datang.

9.30 pagi - Mandi manda di sungai berdekatan..Haaa..
Cantik bhai sungai2 kat sini..Abeh layannnn

Belakang tu ada tandas..tapii..urghh..seram nak mampos rupanya

Cantik betul ciptaan Tuhan tu..Dari sini terdapat satu trail menuruni hingga ke starting point iaitu Pejabat Hutan Lipur Gunung Nuang tanpa melalui trail 4WD. Melalui denai tersebut kita boleh berhenti seketika di Lata Nyur dan Lata Bomoh Ali..Air Terjun dia superbb..

Woaaa..

 Ada sikit2 info aku nak kongsi sikit kat korang mengenai trip ke Gunung Nuang ni:-

1- Pendakian boleh dilakukan melalui banyak trail mcm yang aku bgtau kat Gunung Nuang Part One..Kebiasaannya, kebanyakan pendaki akan memulakan pendakian melalui Kuala Pangsoon. Anda boleh memilih samada mahu melalui trail 4WD atau denai2 hutan mengikut signboard yang telah disediakan di starting point. Kalau lalu ikut denai hutan anda boleh singgah di Lata Nyur dan Lata Bomoh Ali
2- Pendakian boleh dilakukan secara daytrip atau overnight 1-2 malam di mana2 point. Boleh bermalam di penghujung trail 4WD / Campsite Lolo / Kem Pacat / Puncak.
3- Bawa bekalan air yang secukupnya. Waterpoint boleh ditemui bermula dari penghujung trail 4WD hingga ke Campsite Lolo. Selepas Campsite Lolo, tiada lagi waterpoint sehingga ke puncak. 
* ada satu water point berdekatan Kem Pacat tetapi kena turun ke trail sebelah kiri dan memakan masa yang agak lama..Besar kemungkinan boleh sesat.
4- Kalau cukup fit, boleh buat daytrip pergi balik ke Puncak. Namun, bagi yang pertama kali ke sini, daytrip adalah tidak digalakkan.

Motor boleh lepas sehingga penghujung trail 4WD. Itu pun kalau ada bran 

5- Jangan underestimate gunung ni. Banyak kes kehilangan dan sesat di Gunung Nuang.

Ada dua meja mcm ni kat penghujung trail 4WD. Senang nak masak kannnnn...

10.30 pagi - Menaiki motosikal hingga ke starting point.
11.20 pagi - Tiba di Pejabat Hutan Lipur Gunung Nuang. :)

Haha..itu jelaa log aku kali ne..Lepas ne maybe aku akan plan lagi trip ke sini nak bawak member2 yg lain..HAHA..kalau nak bole halo2 gua untuk guide korang..Harga boleh runding..skit lagi murah dari serunding..Ha3..Sekiannn..



Holaaaaaaaa....!!

Haswannnn





Gunung Nuang, I miss youuuuu

Gunung Nuang Part Two

Selalu betul member2 dok tanya aku " Apa barang wei asyik masuk hutan je..takde life bro..Mende apa je kau dalam tu.? Nak buat apapun susah kan.." *dan juga soklan2 yang seangkatan dengannya..HAHA
Jawapannya:
  1. HAHA.. Time ni la aku nak rasa susah. Lu ada bran? *bajet je aku ne
  2. Aku suka nature. Bila kita involve dengan mende2 cenggini..kita melatih diri kita untuk lebih berhati-hati dan menjaga masa kita. Silap pergerakan dan timing membawa kau ke arah DISASTER! Haha..tapi perkara yang lebih penting apabila kau menyedari yang kau ciptaan Tuhan yang kerdil dan lemah dan sentiasa bergantung kepada pertolonganNya..( amboi pndai aku bagi  ceramah ye..taklah cuma nak bagi renungan )
  3. Bila lagi nak buat kerja macam ni? Time badan sihat dan kuat laaaa..
  4. Dat awesome moment when u reach the summit..Perghh..PRICELESS
Log Hari Kedua

6.00 pagi - Bangun Tido. 
* Pagi tu aku terpaksa la mandi ***** memandangkan malam tu mimpi ***** HAHAHA..sengal la..
Kebetulan pagi tu gelap2 aku turun sungai mandi pakai sotong kering je..Tengah2 mandi sambil menahan kesejukan tiba2 ada satu group student ramai nak turun ambil wuduk betul2 kat tempat aku mandi..Dafuq? segan punya hal terpaksa berendam sampai paras hidung nak menyorok dari dilihat dengan jelas oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tu..~.~
7.00 pagi - Breakfast roti dengan Sardin mentah je lepas Solat Subuh
8.10 pagi - Memulakan pendakian lpas buat sdikit streching

8.25 pagi - Tiba di Campsite Lolo.
9.45 pagi - Tiba di Kem Pacat 
*Haha..sumpah tak jumpa sekor pun leeches ka sini..


Haswan, partner gua..Tergambar "penyeksaan" tu..HAHA


10.35 pagi- Tiba di Puncak Pengasih.
11.20 pagi - Tiba di Puncak Gunung Nuang.

Sejuk OOO Kabus je memanjang..

Masa ni masih ada lagi bbrapa menet nak ke Puncak Pengasih..Hutan Dara? O.O

  Laluan dari Kem Pacat menuju ke Puncak Pengasih agak mencanak..Mau dekat 60" ke 80" So nak kena betul2 berhati-hati memanjat dari satu tempat ke satu2 tempat menggunakan akar-akar pokok. Kira pakej la ne tak perlu nak buat rockclimbing kat Putrajaya Challenge Park..HAHAHA..okay, aku sebenarnya gayat..:O

Dihujani peluh tak berhenti-henti..Ha3..

Penat punya penat mendaki tibalah kami di Puncak Pengasih..


Muka kerek je masing2..Ha3..Puncak Pengasih

  Di puncak Pengasih ni la kata orang ada laluan ke Janda Baik tu..So selepas tiba di Puncak Pengasih, ambil jalan menghala ke kiri. Dari sini dah mula lalu hutan berlumut a.k.a mossy forest. Cuaca pun agak dingin. Jalan pun agak berlecak dengan tanah2 lembut hingga mengotori paras2 atas sikit buku lali..HAHA.mujur la pakai kasut adidas Cap Kampung. Perjalanan mengambil masa 20-30 minit menuruni lembah sebelum mendaki ke puncak yang sebenar. 

  Setibanya kami di Puncak sebenar, kami terkesima melihat ramainya orang sudah  memenuhi segenap ruang kat atas tu..Ha3..masa tu tak silap aku memang hampir kesemua student2 U..ada yang dari UPM, UKM, UM..aweksss gitu..tapi Muslimah punya type laa..haha..T.T Sampai2 je kami terus masak Lunch kami.. 

Haaa...siap goreng Hotdog gituuu..

Hotdog goreng sama itu Sambal Ikan Bilis..Fuhh..akak2 tu menjeling-jeling je..Jeles lettewww

  Pas abis melantak lunch tu kami pun pusing2 la setiap ceruk kawasan puncak tu..Eeeiii..payah betul nak bergambar..abes ramai student kat atas tu..Dekat puncak ni, adalah dalam 3-4 khemah la bole muat..tapi tido tu nak kena hati2 laa kalau tak nak masuk gaung...HAHAHA..First time masa aku naik tu, aku naik malam upah guide orang kampung rm30 ngan sekotak Surya..tido kat puncak..pehh..pijak lantai dia macam pijak peti ais..Aku ada jugak tercari-cari mana tupai yang biasa aku nampak kat puncak masa aku mendaki gunung ni sebelum ne..Ada la seekor je nampak tapi tak dapat nak snap gambo dia..memang gemuk tupai tu ramai bnor tolong suapkan biskut laa..coklat laa..HAHA..tupai bandar..

Ni la tupai yang dimaksudkan..comel sungguh beliau..inipun diambil dari galeri2 gambor dulu2

Mossy forest..ntah apa la halnya muka kedutt je masa tu..

Pemandangan sebelah Bentong Pahang


Empangan Pangsoon dari Puncak Gunung Nuang..Yang kepul2 tu ntah kabus ntah awan..Ermmmm

Ermm..Indahnya ciptaan Tuhan ne..:)


Haswankuhh..ntah mende dia buat ne..aku snap je..

Selamat Tahun Baru Cinaa punnnnnnnnn


Gunung Nuang 1493 m dari aras laut

Batu tanda sempadan Negeri Pahang - Selangor


Berlatarkan beirut di Puncak gunung..ramai betul orang kat atas ne..

1.45 petang - Mula menuruni Puncak.
3.40 petang - Tiba di Campsite Lolo.
* Menurun ni nak kena hati2..bnyak dah terjatuh lagi masa nak menuruni Puncak Pengasih..Sentiasa berhati-hati lagipun lutut ni lama lagi nak pakai ooiii..
4.00 petang - Tiba di campsite kami..
*Khemah ngan barang2 makan yang disorokkan tu dikeluarkan. Ngam2 lepas pasang khemah terus je hujan..Setiap kali aku naik gunung ne dekat2 petang pukul 4 mesti hujan..Terpaksa la kami membedal maggi kari bawah wakaf dekat-dekat situ.

 Solat Zuhur diqada' kan lpas kami selesai Solat Asar..tapi sebelum tu memang masing2 dah cukup bersih da lepas mandi kat sungai bawah nu haa..perghh..sejukk

7.15 malam - Solat Maghrib ngan Dinner
* Malam tu dinner Nasi Putih , Burger Goreng Hancur dan Sambal Ikan Bilis..masyukkk
9.00 malam - Lepas solat isya' kami terus mengerohhh..tidoo laa











Sunday, 19 February 2012

Gunung Nuang Part One

Sedikit info mengenai Gunung Nuang:-

Ketinggian :- 1493 meter ( 4899 kaki )
Merupakan titik tertinggi di Negeri Selangor Darul Ehsan
Terdapat tiga laluan untuk ke Puncak Gunung Nuang iaitu melalui :-

1- Kuala Pangsoon Hulu Langat
2- Janda Baik Bentong Pahang
3- Kampung Kemensah Gombak

Ekspedisi kali ini merupakan pendakian kali ke 5 dan cuma disertai dua orang iaitu aku dan Haswan, member sama U dengan aku. Pendakian ke gunung ini bermula semasa aku msih Form 3 lagi. Kali ne dah banyak perubahan dari segi fasiliti yang disediakan. Setiap wakaf dah dicat cantik-cantik. Dah ada semacam satu hamparan simen yang boleh digunakan sebagai meja di penghujung laluan 4WD..

Pendakian kali ini dirancang pada saat-saat akhir..dalam seminggu sebelum nak masuk Special Sem kat Uniten. Sebelum tu kami plan nak mendaki Gunung Datuk bersama-sama dengan Krew Pengakap Kelana F Kajang. So, perubahan tu dibuat pada saat-saat akhir..hehe..saja nak test altitud yang lebih tinggi selepas kami baru sahaja mendaki Gunung Angsi seminggu sebelum tu.

Berikut adalah catatan ringkas pada Hari Pertama..

4.30 petang - Menyemak persiapan terakhir
5.00 petang - Bergerak dari Bandar Baru Bangi
6.10 petang - Tiba di pekan Batu 18, Hulu Langat ( haha..beli kasut getah baru )
* kasut getah sekarang dah naik harga disebabkan dah banyak permintaan
6.30 petang - Tiba di Pejabat Hutan Lipur Gunung Nuang
6.35 petang - Meredah laluan 4WD menggunakan motosikal
8.15 malam - Tiba di penghujung laluan 4WD

Biasanya setiap pendaki dah mula berjalan kaki dari pejabat hutan lipur menuju ke penghujung laluan 4WD tu tapi kami saja2 nak pendekkan perjalanan kami redah je pakai motor EX5 ( pehh legend tu ) guna tayar jalan raya...haha..bagai nak mati bawa mtor cenggitu redah laluan tanah merah dalam keadaan gelap..Ntah berapa kali motor mati..Jalan pun tak berapa kering dengan tanah merah yg berlecak membuatkan sampai dekat dua kali laa jatuh motor seorang diri dalam keadaan gelap..


8.30 malam - Setting camp dan masak untuk dinner
* dinner malam tu Nasi Putih ngan Sambal Ikan Bilis..tahan oo 3-4 hari sambal tu
10.00 malam - Senandung Malam



Wednesday, 1 February 2012

Cerita Hutan Pengakap


MOWGLI
Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan.

Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.



Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala.

Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.

Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain.

Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.

Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.

Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.


DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA
Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatubatu yang dipanggil Batu Sidang.

Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga.

Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anakanak mereka ke Batu Sidang itu.

Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan.



Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar.

"Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.

Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan.

"Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan.

Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedia hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan.


Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan.
Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan.


Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu.

Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu.

Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.


ShareThis