Selalu betul member2 dok tanya aku " Apa barang wei asyik masuk hutan je..takde life bro..Mende apa je kau dalam tu.? Nak buat apapun susah kan.." *dan juga soklan2 yang seangkatan dengannya..HAHA
Jawapannya:
- HAHA.. Time ni la aku nak rasa susah. Lu ada bran? *bajet je aku ne
- Aku suka nature. Bila kita involve dengan mende2 cenggini..kita melatih diri kita untuk lebih berhati-hati dan menjaga masa kita. Silap pergerakan dan timing membawa kau ke arah DISASTER! Haha..tapi perkara yang lebih penting apabila kau menyedari yang kau ciptaan Tuhan yang kerdil dan lemah dan sentiasa bergantung kepada pertolonganNya..( amboi pndai aku bagi ceramah ye..taklah cuma nak bagi renungan )
- Bila lagi nak buat kerja macam ni? Time badan sihat dan kuat laaaa..
- Dat awesome moment when u reach the summit..Perghh..PRICELESS
Log Hari Kedua
6.00 pagi - Bangun Tido.
* Pagi tu aku terpaksa la mandi ***** memandangkan malam tu mimpi ***** HAHAHA..sengal la..
Kebetulan pagi tu gelap2 aku turun sungai mandi pakai sotong kering je..Tengah2 mandi sambil menahan kesejukan tiba2 ada satu group student ramai nak turun ambil wuduk betul2 kat tempat aku mandi..Dafuq? segan punya hal terpaksa berendam sampai paras hidung nak menyorok dari dilihat dengan jelas oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tu..~.~
7.00 pagi - Breakfast roti dengan Sardin mentah je lepas Solat Subuh
8.10 pagi - Memulakan pendakian lpas buat sdikit streching
8.25 pagi - Tiba di Campsite Lolo.
9.45 pagi - Tiba di Kem Pacat
*Haha..sumpah tak jumpa sekor pun leeches ka sini..
Haswan, partner gua..Tergambar "penyeksaan" tu..HAHA
10.35 pagi- Tiba di Puncak Pengasih.
11.20 pagi - Tiba di Puncak Gunung Nuang.
Sejuk OOO Kabus je memanjang..
Masa ni masih ada lagi bbrapa menet nak ke Puncak Pengasih..Hutan Dara? O.O
Laluan dari Kem Pacat menuju ke Puncak Pengasih agak mencanak..Mau dekat 60" ke 80" So nak kena betul2 berhati-hati memanjat dari satu tempat ke satu2 tempat menggunakan akar-akar pokok. Kira pakej la ne tak perlu nak buat rockclimbing kat Putrajaya Challenge Park..HAHAHA..okay, aku sebenarnya gayat..:O
Dihujani peluh tak berhenti-henti..Ha3..
Penat punya penat mendaki tibalah kami di Puncak Pengasih..
Muka kerek je masing2..Ha3..Puncak Pengasih
Di puncak Pengasih ni la kata orang ada laluan ke Janda Baik tu..So selepas tiba di Puncak Pengasih, ambil jalan menghala ke kiri. Dari sini dah mula lalu hutan berlumut a.k.a mossy forest. Cuaca pun agak dingin. Jalan pun agak berlecak dengan tanah2 lembut hingga mengotori paras2 atas sikit buku lali..HAHA.mujur la pakai kasut adidas Cap Kampung. Perjalanan mengambil masa 20-30 minit menuruni lembah sebelum mendaki ke puncak yang sebenar.
Setibanya kami di Puncak sebenar, kami terkesima melihat ramainya orang sudah memenuhi segenap ruang kat atas tu..Ha3..masa tu tak silap aku memang hampir kesemua student2 U..ada yang dari UPM, UKM, UM..aweksss gitu..tapi Muslimah punya type laa..haha..T.T Sampai2 je kami terus masak Lunch kami..
Haaa...siap goreng Hotdog gituuu..
Hotdog goreng sama itu Sambal Ikan Bilis..Fuhh..akak2 tu menjeling-jeling je..Jeles lettewww
Pas abis melantak lunch tu kami pun pusing2 la setiap ceruk kawasan puncak tu..Eeeiii..payah betul nak bergambar..abes ramai student kat atas tu..Dekat puncak ni, adalah dalam 3-4 khemah la bole muat..tapi tido tu nak kena hati2 laa kalau tak nak masuk gaung...HAHAHA..First time masa aku naik tu, aku naik malam upah guide orang kampung rm30 ngan sekotak Surya..tido kat puncak..pehh..pijak lantai dia macam pijak peti ais..Aku ada jugak tercari-cari mana tupai yang biasa aku nampak kat puncak masa aku mendaki gunung ni sebelum ne..Ada la seekor je nampak tapi tak dapat nak snap gambo dia..memang gemuk tupai tu ramai bnor tolong suapkan biskut laa..coklat laa..HAHA..tupai bandar..
Ni la tupai yang dimaksudkan..comel sungguh beliau..inipun diambil dari galeri2 gambor dulu2
Mossy forest..ntah apa la halnya muka kedutt je masa tu..
Pemandangan sebelah Bentong Pahang
Empangan Pangsoon dari Puncak Gunung Nuang..Yang kepul2 tu ntah kabus ntah awan..Ermmmm
Ermm..Indahnya ciptaan Tuhan ne..:)
Haswankuhh..ntah mende dia buat ne..aku snap je..
Selamat Tahun Baru Cinaa punnnnnnnnn
Gunung Nuang 1493 m dari aras laut
Batu tanda sempadan Negeri Pahang - Selangor
Berlatarkan beirut di Puncak gunung..ramai betul orang kat atas ne..
1.45 petang - Mula menuruni Puncak.
3.40 petang - Tiba di Campsite Lolo.
* Menurun ni nak kena hati2..bnyak dah terjatuh lagi masa nak menuruni Puncak Pengasih..Sentiasa berhati-hati lagipun lutut ni lama lagi nak pakai ooiii..
4.00 petang - Tiba di campsite kami..
*Khemah ngan barang2 makan yang disorokkan tu dikeluarkan. Ngam2 lepas pasang khemah terus je hujan..Setiap kali aku naik gunung ne dekat2 petang pukul 4 mesti hujan..Terpaksa la kami membedal maggi kari bawah wakaf dekat-dekat situ.
Solat Zuhur diqada' kan lpas kami selesai Solat Asar..tapi sebelum tu memang masing2 dah cukup bersih da lepas mandi kat sungai bawah nu haa..perghh..sejukk
7.15 malam - Solat Maghrib ngan Dinner
* Malam tu dinner Nasi Putih , Burger Goreng Hancur dan Sambal Ikan Bilis..masyukkk
9.00 malam - Lepas solat isya' kami terus mengerohhh..tidoo laa
No comments:
Post a Comment