Ketinggian :- 1493 meter ( 4899 kaki )
Merupakan titik tertinggi di Negeri Selangor Darul Ehsan
Terdapat tiga laluan untuk ke Puncak Gunung Nuang iaitu melalui :-
1- Kuala Pangsoon Hulu Langat
2- Janda Baik Bentong Pahang
3- Kampung Kemensah Gombak
Ekspedisi kali ini merupakan pendakian kali ke 5 dan cuma disertai dua orang iaitu aku dan Haswan, member sama U dengan aku. Pendakian ke gunung ini bermula semasa aku msih Form 3 lagi. Kali ne dah banyak perubahan dari segi fasiliti yang disediakan. Setiap wakaf dah dicat cantik-cantik. Dah ada semacam satu hamparan simen yang boleh digunakan sebagai meja di penghujung laluan 4WD..
Pendakian kali ini dirancang pada saat-saat akhir..dalam seminggu sebelum nak masuk Special Sem kat Uniten. Sebelum tu kami plan nak mendaki Gunung Datuk bersama-sama dengan Krew Pengakap Kelana F Kajang. So, perubahan tu dibuat pada saat-saat akhir..hehe..saja nak test altitud yang lebih tinggi selepas kami baru sahaja mendaki Gunung Angsi seminggu sebelum tu.
Berikut adalah catatan ringkas pada Hari Pertama..
4.30 petang - Menyemak persiapan terakhir
5.00 petang - Bergerak dari Bandar Baru Bangi
6.10 petang - Tiba di pekan Batu 18, Hulu Langat ( haha..beli kasut getah baru )
* kasut getah sekarang dah naik harga disebabkan dah banyak permintaan
6.30 petang - Tiba di Pejabat Hutan Lipur Gunung Nuang
6.35 petang - Meredah laluan 4WD menggunakan motosikal
8.15 malam - Tiba di penghujung laluan 4WD
Biasanya setiap pendaki dah mula berjalan kaki dari pejabat hutan lipur menuju ke penghujung laluan 4WD tu tapi kami saja2 nak pendekkan perjalanan kami redah je pakai motor EX5 ( pehh legend tu ) guna tayar jalan raya...haha..bagai nak mati bawa mtor cenggitu redah laluan tanah merah dalam keadaan gelap..Ntah berapa kali motor mati..Jalan pun tak berapa kering dengan tanah merah yg berlecak membuatkan sampai dekat dua kali laa jatuh motor seorang diri dalam keadaan gelap..
* dinner malam tu Nasi Putih ngan Sambal Ikan Bilis..tahan oo 3-4 hari sambal tu
10.00 malam - Senandung Malam
No comments:
Post a Comment