Monday 20 February 2012

Gunung Nuang Part Three

 Log Hari Terakhir:-

6.00 pagi - Solat Subuh dan mandi..Brrr...Brainfreeze!
7.00 pagi - Sarapan Pagi
* Sarapan pagi tu Roti Cicah Sardin Tumis Campur Kentang Goreng..Sedap Oww..

Pagi tu lpas Solat Subuh kami sambung lagi tidur..Best tidur kat hutan ne..Peluang bukan selalu datang.

9.30 pagi - Mandi manda di sungai berdekatan..Haaa..
Cantik bhai sungai2 kat sini..Abeh layannnn

Belakang tu ada tandas..tapii..urghh..seram nak mampos rupanya

Cantik betul ciptaan Tuhan tu..Dari sini terdapat satu trail menuruni hingga ke starting point iaitu Pejabat Hutan Lipur Gunung Nuang tanpa melalui trail 4WD. Melalui denai tersebut kita boleh berhenti seketika di Lata Nyur dan Lata Bomoh Ali..Air Terjun dia superbb..

Woaaa..

 Ada sikit2 info aku nak kongsi sikit kat korang mengenai trip ke Gunung Nuang ni:-

1- Pendakian boleh dilakukan melalui banyak trail mcm yang aku bgtau kat Gunung Nuang Part One..Kebiasaannya, kebanyakan pendaki akan memulakan pendakian melalui Kuala Pangsoon. Anda boleh memilih samada mahu melalui trail 4WD atau denai2 hutan mengikut signboard yang telah disediakan di starting point. Kalau lalu ikut denai hutan anda boleh singgah di Lata Nyur dan Lata Bomoh Ali
2- Pendakian boleh dilakukan secara daytrip atau overnight 1-2 malam di mana2 point. Boleh bermalam di penghujung trail 4WD / Campsite Lolo / Kem Pacat / Puncak.
3- Bawa bekalan air yang secukupnya. Waterpoint boleh ditemui bermula dari penghujung trail 4WD hingga ke Campsite Lolo. Selepas Campsite Lolo, tiada lagi waterpoint sehingga ke puncak. 
* ada satu water point berdekatan Kem Pacat tetapi kena turun ke trail sebelah kiri dan memakan masa yang agak lama..Besar kemungkinan boleh sesat.
4- Kalau cukup fit, boleh buat daytrip pergi balik ke Puncak. Namun, bagi yang pertama kali ke sini, daytrip adalah tidak digalakkan.

Motor boleh lepas sehingga penghujung trail 4WD. Itu pun kalau ada bran 

5- Jangan underestimate gunung ni. Banyak kes kehilangan dan sesat di Gunung Nuang.

Ada dua meja mcm ni kat penghujung trail 4WD. Senang nak masak kannnnn...

10.30 pagi - Menaiki motosikal hingga ke starting point.
11.20 pagi - Tiba di Pejabat Hutan Lipur Gunung Nuang. :)

Haha..itu jelaa log aku kali ne..Lepas ne maybe aku akan plan lagi trip ke sini nak bawak member2 yg lain..HAHA..kalau nak bole halo2 gua untuk guide korang..Harga boleh runding..skit lagi murah dari serunding..Ha3..Sekiannn..



Holaaaaaaaa....!!

Haswannnn





Gunung Nuang, I miss youuuuu

3 comments:

nabil said...

salam bang, boleh contact tak pasal laluan ke lata bomoh ali tu

nabil said...

salam bang, boleh contact tak nak tahu jalan ke lata bomoh ali tu

nabil said...

salam bang, boleh contact tak nak tahu jalan ke lata bomoh ali tu

ShareThis