Tuesday 1 November 2011

Rovers Challenge Pulau Aman Bhg Terakhir

 Post kali ne rasanya cuma menceritakan tentang moment2 terakhir kami di Pulau Aman ni..Memang agak kepenatan kan sebab aktiviti dye mmg mencabar nak2 lagi yang berakit di laut tu..memang sengal2 satu badan..letih oooo..memang tak sama berakit dekat air yang tenang dengan di air yang bergeloraaa..hmmm..

 Ok, enjoy scrolling picture2 kat bawah ne :- Gambar2 Majlis Penutupan Rovers Challenge KLKM Politeknik Seberang Perai ^_^

Ucapan Tn Hj Mohd Hassan, Penolong Pesuruhjaya Negeri KLKM

Wakil Kontinjen kami..^_^

Meriah betul..tak boleh lupa kenangan ne!

Tuan Haji Hassan bersama peserta-peserta Rovers Challenge

Hendak seribu daya bukan seribu dalih..hmmm

Riang ria kontinjen KLKM Politeknik Shah Alam

Kamu semua sangat SERONOKKK!!


Politeknik Shah Alam


Graduation Day..

Plak Penghargaan

Bro Joe Labu n Sodel

Tuan Sadiq, anak SC Selangor

Moh ke lauttt

Keletihan gilaa..Sir Azam, YDP JPP Politeknik Shah Alam..O.O

Selamat Tinggal Pulau Aman..

 Kenangan sebegini memang payah nak lupa..banyak ilmu baru aku belajar..seronok sangat..yelah..asyik2 hutan je..dapat juga merasa ke pulau ne..yelahhh..aku ne bukan datang dari keluarga kaya kan..jarang2 dapat peluang macam ni..Syukur..Ok itu sahaja coretan aku dan inilah penutup cerita bagi keseluruhan episod " Rovers Challenge Pulau Aman KLKM Politeknik Seberang Perai " ^_^












Wednesday 24 August 2011

21 Nasihat Yang Baik



Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

1.Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

2.Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.

3.Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

4.Apabila kamu berkata, “ Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.

5.Apabila anda mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya.

6.Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

7.Percayailah cinta pandang pertama.

8.Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

9.Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

10.Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

11.Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

12.Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

13.Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, “Kenapa anda ingin tahu?”

14.Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

15.Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.

16.Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

17.Berpeganglah kepada tiga R:
-Rasa hormat pada diri sendiri.
-Rasa hormat kepada orang lain.
-Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

18.Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

19.Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

20.Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

21.Ada ketikanya anda perlu bersendirian. Jadi bersendirian lah buat sementara..
semoga bermanfaat..

Monday 22 August 2011

Masa Susah Masa Senang

   Pagi2 ne aku ada baca paper Utusan..tak ingat plok Utusan Melayu ke hape ntah..pegang je muka depan terpampang satu muka pakcik neh..berita selanjutnya di muka 16~Aku pun selak satu2 hape cerita nya pun  hadui~(*haha..) Baca punya baca sedih cerita neh..wajar kita jadikan pengajaran berguna kepada kita...
 
  Kisahnya mengenai seorang yang dikira agak dikenali dan pernah mencetuskan kontroversi suatu ketika dahulu atas tuduhan rasuah. Beliau ne merupakan seorang bekas Pengarah Penguatkuasa Majlis Pembandaran Ampang Jaya, Kapten ( B ) Abdul Kudus yang ditakuti oleh peniaga2 haram sekitar Ampang Jaya.

Kapten Kudus suatu ketika dahulu

  Dalam tempoh tujuh tahun selepas kes itu dibawa ke mahkamah, pakcik ne sering naik turun mahkamah dengan tujuan untuk membersihkan kembali namanya yang telah tercemar tu..bayangkan laaa..TUJUH TAHUN brooo..punya la sabar pakcik neh..Akibat dari tuduhan tu, pakcik ne mengatakan dye walaupun tidak meringkuk di dalam penjara tetapi dye seolah2 berada di dalam "penjara" hidup kerana sering dicaci maki, dihina, dan pelbagai tohmahan tidak baik dihamburkan kepada pakcik neh..Kesian~~

 Tak cukup dari tu, isteri yang disayangi meninggalkan beliau bersama lima orang anaknya..peh..dahla kena fitnah..family sendiri pulak tak percaya..memang sedih..cukup sedih..segala harta seperti rumah2 dan kereta2 nya dijual untuk melangsaikan hutang bank..sedangkan pakcik ne dahulunya seorang agak ternama dan berduit.almaklum lah Pengarah majlis penguatkuasa tuuu..

 Tambahan lagi, ugutan2 bunuh yang diterima beliau sangat2 lah mengejutkan..first da kena fitnah..second..anak bini lari..third..kena ugutan bunub pulak..sehinggakan mak kapten ne meninggal akibat terkejut menerima ugutan bunuh yang melibatkan pakcik ne..aduhaiii

  Rentetan dari peristiwa ne, pakcik ne akhirnya hidup sebatang kara tanpa ada seorang pun yang menemani..Pergi ke mana sahaja terpaksa menaiki pengangkutan awam..Akhirnya, pakcik ne dapat bekerja sebagai pemandu teksi dan berkahwin lain sehingga dirahmati dengan kedatangan dua orang cahayamata..syukur..

  Terdapat banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ne ye anak2...jadilah peneman dikala susah dan dikala senang..jangan pakai main tuduh2 orang je..hari ne dye susah..esok lusa tuhan akan beri balasan kepada kita..haha..baru tau tinggi rendah langit tuh..

apa pendapat anda?



  

Rovers Challenge Pulau Aman Bhg 3

  Cerita pada kali ini adalah sekuel pada story2 yang lepas mengenai aktviti2 yang dijalankan sepanjang rovers challenge ne berlansung..haa..kita nak bercerita tentang satu proses neh..satu kerja yang dilakukan oleh orang2 Pulau Aman ne..namanya ialah proses siput kapih..ye SIPUT KAPIH~~tak pernah dengar?? takpe..kita perdengar kan untuk anda..hehe..mende nya mungkin jarang2 sekali dilihat..scroll ke bawah


aweks ne lagi~haha

Benda ne kalau tersilap skit boleh rabak tangan lu derr...kena pegang betul2..cari belahan2 yang ada msuk pisau baru dikepakkan~~Isiknya ada kat dalam tu haa..kecik je isi dye..satu kilo benda ne boleh cecah sampai rm40 uuuu..tapi nak mengepakkan benda ni pun azab juga..hehe

Water Confident.haha..aktivtii yang da common setiap kali ada kem

Akibat tidak mengutamakan keselamatan..Ini semua salah ALAM~!!!!

  Pasnie ada satu lagi aktiviti unik yang boleh kita ulas kat sini iaitu FOX HUNTING..cuba tengok gambor2 di bawah nu..Aktiviti adalah aktiviti yang jarang2 dapat kita lihat ( *pada aku laa..) dye menggunakan komunikasi radio untuk mengesan "musang" yang diletakkan pada satu2 point di Pulau tersebut..Musang yang dimaksudkan itu adalah "beacon" suatu alat yang mengeluarkan gelombang radio..Benda nya kecik sangat..halus..dengan menggunakan antena dan walkie talkie yg diberikan kita kena cari beacon2 tuh..Pada masa tu, hanya 4 point sahaja perlu ditemukan manakala terdapat satu bahagian "dummy" iaitu gelombang palsu..haha..aku pon tak paham nak terangkan kt korang supaya lagi paham..google sendiri~!!

Amin bersama labu2 nya..


Inilah rasanya aktiviti yang last sekali..hmm...









Sunday 21 August 2011

Kami Pengakap Suukaaa Hati.~~

  Kadangkala betul juga pandangan skeptikal orang2 kita ne terhadap budak2 pengakap.."Budak Pengakap ne kerjanya pada waktu Hari Sukan Sekolah ialah mengutip sampah2".."Pengakap ne macam budak sekolah rendah".."amik lencana wtfishh macam budak2 lerr..". Tapi nanti dahulu, nak diceritakan lah suasana ini begitu berbeza di negara-negara luar. Mungkin lah kerana pergerakan2 sebegini hanya berorientasi kokurikulum sekolah semata2 memandangkan ia boleh dijadikan permarkahan pada standard2 terentu..Di negara2 luar seperti negara2 Barat, pergerakan pengakap bergerak seperti pertubuhan belia yang dekat dengan masyarakat..Kita dapat lihat budaya masyarakat Amerika yang dekat dengan dunia kepengakapan sehinggalah memfilemkan budaya itu contohnya dalam filem The Last Eagle Scout..

Tidak ketinggalan juga Indonesia juga yang menghasilkan filem Lima Elang berkisarkan dunia kepengakapan di sana. Pengakap2 di sana digelar Pramuka..


  Pengakap ini sebenarnya adalah sebuah pergerakan yang bersifat global dan bergerak begitu aktif di berbagai negara di dunia..Ahlinya terdiri dari pelbagai peringkat umur dan profesion di serata dunia hatta Profesor dan Pemimpin Dunia sekalipun..Malah, kebanyakan pemimpin dunia yg famous2 tu pernah menjadi seorang Pengakap semasa belianya..

Pergerakan Pengakap di berbagai negara..

  Pergerakan ini menekankan supaya ahlinya menjadi insan yang berguna tidak mengira kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya tanah air masing-masing..Justeru, dalam cabaran menyahut cita2 tersebut, pelbagai skima2 latihan diadakan sesuai dengan peringkat umurnya..Ianya bermula dari Pengakap Kanak-Kanak sehinggalah kepada menjadi seorang Pemimpin Pengakap yang dilatih supaya berkhidmat kepada dunia berpengakap melalui kursus Manikayu yang diadakan pada pelbagai peringkat.

Gilwell Scarf dan Woodbadge

  Tidak kurang pada itu, terdapat dua unit khas yang ditubuhkan dalam Pengakap iaitu Pengakap Laut dan Pengakap Udara. Unit2 ini ditubuhkan khas dalam Persekutuan Pengakap Malaysia. Unik bukan? Da macam satu angkatan tentera la pulok..Setiap satu unit mempunyai skima mereka tersendiri..
Pengakap Udara

Unit Pengakap Laut..

  Walaupun mereka itu sudah tamat persekolahannya, dunia berpengakap tidak tamat disitu brooo..BRO~~...ada lagi beberapa unit khas yang ditadbir setaraf dengan pentadbiran pengakap ni peringkat negeri iaitu kumpulan latihan Kelanasiswa, suatu unit khas Pengakap Kelana yang diwujudkan di IPT-IPT mahupun Politeknik di seluruh negara..Unit ini mempunyai seorang Pesuruhjaya nya sendiri yang terdiri daripada kakitangan universiti samaada pensyarah mahupun staf2 sokongan..Unit ne memang unik kerana kita berpeluang mengadakan aktiviti bersama student2 IPT dari seluruh negara ( *aktivti bersama mencari bakal jodoh pun bole~~hehe..)


  Sebelum ne suda dinyatakan bahawa dunia scouting kat Mesia ne berorientasikan pembelajaran luar bilik darjah justeru itu Pasukan Pengakap dijadikan salah satu badan beruniform rasmi di mana-mana sekolah. Dalam meneruskan kelansungan dunia berpengakap di dunia2 persekolahan ne..terdapat satu lagi unit khas yang ditubuhkan bagi memimpin budak2 ne smua maju~untuk pergi lagi jauh dalam dunia kepengakapan..Tanpa mereka, Pengakap itu tidak mekar~huuu~seperti yang kita lihat pada mse kini.
  
  So, unit tersebut adalah unit K.L.M iaitu Kumpulan Latihan Malaysia yang khas ditbuhkan di IPG atau maktab-maktab perguruan di seluruh negara...Abes je graduate, mekeme2 semua ne da layak untuk memimpin di sekolah2 yang di mana mereka ditempatkan..Unit ne dilatih untuk menjadi bakal2 Pemimpin pengakap yang berwibawa di mana jua berkhidmat. Mereka perlu menjalani kursus Manikayu iaitu suatu pentauliahan bg seseorang bagi membolehkan nya menerajui pertbuhan ini di peringkat2 sekolah. Sebab itulah, kita akan tengok di serata2 Malaysia, guru2 Pengakap tetap akan wujud selari dengan pembangunan pendidikan masa kini..


Terima kasih cikgu~~

Haa..itu sajalah kut dapat diulas kat sini~ada sebarang pembetulan dan komen..Truihh komen haaa kat ruang bwah tu..Wssalam










Saturday 20 August 2011

Pengakap Raja.

  Seperti yang diketahui umum, Anugerah Pengakap Raja adalah satu anugerah tertinggi yang dianugerahkan kepada Pengakap-Pengakap Remaja di Malaysia ini. Untuk sampai ke tahap ini, bukanlah mudah..Seperti yang dikatakan Tuan Haji Rahmat, Pen Pesuruhjaya Negeri Selangor bahawa untuk sampai ke tahap ini " Bukanlah susah..Tetapi tidak mudah" Haha..boleh faham sendiri la maknanya tuh..

 Untuk sampai ke tahap ini, seseorang itu perlu lulus dalam semua ujian-ujian lencana yang diperuntukkan dalam semua unit bermula dari unit Pengakap Kanak-Kanak sehinggalah ke Pengakap Remaja sekitar 17-18 tahun..macam itulah..so,da bole nampak perkara ne bukanlah terlalu mudah tetapi tidak mutahil untuk dikejar..

Skim2 Lencana Persekutuan Pengakap Malaysia

   Haha..yang unit Pengakap Kelana tu lain lah ye..ada anugerah tersendiri iaitu BP Award..suatu penganugerahan tertinggi kepada unit Pengakap Kelana di Malaysia ini..Haa..pon special..ada keistimewaan nya..Tapi fokus kita adalah pada Pengakap Raja..okeh? haa..kita sambung cerita

Unit Pengakap Kelana

Setelah selesai menyiapkan semua lencana beserta buku2 lognya sekali, seseorang perlu menghadiri Pra Pentarafan Pengakap Raja di peringkat daerah ataupun di peringkat negeri..Mekeme2 ne semua akan diuji kecekapan mereka dalam seluruh aspek kelimuan berpengakap dari mula hinggalah kepada yang paling advance..Bermula dari kawad laa..penulisan buku log la..survival skill..kepetahan berucap dan berbicara..pengetahuan am..membina menara2 dan model pioneering..hinggalah kepada kemahiran simpulan dan ikatan yang berguna dalam Pengakap..( *haha..banyak sgt perkara yang nak diuji nya..)


Peringatan adik2 semua..ujian ini adalah tidak mudah.tetapi tidak mustahil ye anak2 semua.HAHA..Tapi berbaloi kesusahan adik2 nanti tau..Adik2 akan tahu sendiri apabila adik berada di peringkat ini..Tetapi harus diingat! Menjadi seorang Pengakap Raja bermakna adik perlu mengabdikan hidup kepada kehidupan berpengakap tau..! Di tahap ini, penerima anugerah harus memberi khidmat bakti tidak mengira jenis sokongan apapun demi pembangunan kepengakapan dan masyarakat di Malaysia ini..

Sijil ini ditandatangani oleh semua Sultan dan Raja-Raja Melayu. Ramai yang tidak mengetahui keistimewaan sijil ini antaranya memudahkan kita menyambung pelajaran kita di IPT..mahupun pengajian di LUAR NEGARA..Berbaloi kan? 

Justeru, mereka2 yang berada di peringkat sekolah menengah harus mengejar keistimewaan ini kerana peluang ini hanya sekali seumur hidup..Rajin2 lah siapkan buku log..perdalami kemahiran survival dan ilmu berpengakap..Ada gunanya suatu hari nanti..

Once A Scout..Always A Scout..yeah babehh..





Isu akidah bukan perkara mainan

  Baru-baru ni kita dikejutkan dengan beberapa isu mengenai misi Kristianisasi oleh missionaries2 Kristian yang ada di serata Malaysia neh..Salah satu isunya adalah mengenai beberapa orang pelajar sekolah rendah di di Klang yang diberikan tuisyen percuma oleh beberapa orang yang bukan Melayu Islam..dalam pengajaran yang disampaikan mekeme2 ne..dyeorg selitkan agenda kristianisasi dalam pembelajaran mereka..Uhh..tak cukup lagi dengan beberapa isu yang mencabar kedaulatan orang Islam khusunya di negara ni..

  Menurut cerita yang diberitakan, kanak-kanak itu dapat menghafal lagu2 berunsurkan agama Kristian dengan lancar..macam menghafal lagu Negaraku..boleh menyanyi lagi tu...bukan itu sahaja..siap boleh menceritakan balik kisah Nabi Isa disalib walhal umat Islam diajar bahawa Nabi Isa tidak disalib bahkan digantikan dengan seorang pengkhianat bernama Judas Eskariot ( sila betulkan jika terdapat kesalahan..) dan diangkat ke langit oleh Allah SWT..

 Perkara2 sebegini jika melarat boleh membawa ancaman yang sangat bahaya kepada tanah air kita ne..tanah yang berdaulat..tanah2 warisan Raja-Raja Melayu..boleh terjadi pembunuhan akibat provokasi agama yang melampau..banyak contoh yang boleh kita lihat khususnya di negara sberang, Indonesia..Google Tragedi Pulau Ambon..tu hanyalah secebis dari ratusan kisah keganasan pihak2 pelampau agama Kristian di sana..


Umat Islam dibunuh dengan sewenang-wenangnya oleh pihak pelampau Kristian..Wanita Islam dinodai kesucian nya..masjid diceroboh..berlmuran darah2 para pejuang2 muslimin..Inikah yang kita mahu berlaku di Malaysia?? Inilah akibat pluralisasi yang diamalkan oleh Republik Indonesia..Wajar kita jadikan kisah2 sebegini sebagai pengajaran kepada kita di sini..

   Namun, isu yang paling menyedihkan baru-baru ini ialah mengenai kes "penyerbuan" oleh Jais baru-baru ini di sebuah gereja DUMC ( Damansara Utama Methodist Church )..Isu ini dipolitikkan oleh sebahagian golongan kepartian tidak kira dari pihak pembangkang mahupun pihak government..Seharusnya perkara ini tidak wajar sama sekali dipolitikkan demi kepentingan orang2 tertentu..Ini adalah MASALAH UMMAH..masalah umat Islam di serata dunia..Justeru, kita dapat lihat di media kedua-dua pihak sangat berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.. Takut2 akan membawa masalah yang lebih besar di kemudian hari.

Damansara Utama Methodist Church

   Salah seorang penganjur nya adalah orang campuran Melayu dan Cina namun yang paling menyedihkan pada kad pengenalan nya tertera ISLAM..macam2 hal..kononnya majlis ini adalah sebuah majlis amal untuk membantu mereka yang mmerlukan..Inilah barokahnya bulan Ramadan ini..bulan yang mulia..Allah SWT nak menunjukkan perancangan manusia lebih lemah dari takdir yang diciptakan olehNya..Allah SWT mendedahkan perancangan keji segolongan dari manusia ini..

  Kita tidak mahu mengulas panjang mengenai individu2 yang berstatus Islam ini..Tetapi mengenai keratan2 soalan yang dijumpai di dalam tong sampah di dalam premis tersebut. Keratan-keratan yang dikoyakkan itu mengandungi soalan2 berkisar pemahaman tentang Islam...WTFishh?? Elok sangat la tuh..sesi pemahaman tentang Islam diadakan di dalam gereja..Ini adalah soal akidah yang diputar dalam sebuah gereja..

  Untuk apa semua itu?? Tidakkah semua orang terfikir sesuatu yang pelik sedang berlaku? Fikir2 kan lahh wahai rakan2 ku..Tentu ada sesuatu yang dirancangkan oleh mereka..Tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mengelirukan pemahaman umat Islam dan memurtadkan umat Islam..AstaghfirullahalAzim..Tambahan lagi, terdapat golongan kanak2 Islam yang dibawa ke majlis itu..Sedihnya mereka yang tidak memahami ini dicorakkan sebegitu oleh penjaga2 mereka..Walhal setiap kanak2 itu dilahirkan suci tanpa dosa warisan..jauh sekali dari konsep dosa warisan yang diajarkan paderi2 Kristian itu..

  Ingatlah orang Nasrani dan Yahudi tidak akan sesekali senang terhadap kamu orang2 Muslim..Mereka akan sentiasa merencanakan sesuatu bagi menyesatkan kamu dan menghancurkan kamu..Wallahualam


Rovers Challenge Pulau Aman Bhg 2

 Nak dijadikan ceritera lah..semua xtvt-xtvt kat rovermoot ne mmg best..giler superb..bukanlah semata-mata kita berseronok tanpa tujuan..Disamping kita berseronok janganlah lupa akan kewajipan kita kita dalam menuntut ilmu..ILMU tidak akan pernah bahkan semakin banyak yang kita pelajari semakin kita HAUS untuk meng"explore" sesuatu knowledge tuh..(* da byk aku melalut psal ilmu2 neh..) jom kita cerita pasal aktviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang berlansung nya Rovers Challenge neh..

ne dye schedule aktiviti2 yg dijalankan..wOO

  Pagi2 lagi sudah ada pembahagian kumpulan..tak silap aku lah ataupun aku yang tertinggal sebab skip 1st briefing untuk semua peserta..hehe..aku ditempatkan dalam Troop D dan tiba2 dilantik sebagai leader..dgn muka yg msih jelas kelihatan ketiduran agk lama malam yang sebelumnya..Aktiviti yang first sekali..jeng3

Pioneeeeeering~~huh..keluar semua urat2

Aktiviti ne mmg memerlukan kerjasama antra semua ahli.
Model pioneering yang perlu disiapkan ialah Hourglass Tower..mende tu?? google sendiri..!

   Aktivti lainnn..CEDUK AIR TELAGA...haha..test ne xdelaa susah mana...xkan laa tak rei kuttt nak ceduk air telaga..tapi terdapat kelainan skit pada aktiviti ne..dye tidak menggunakan air telaga tetapi air lautttt..Scroll ke bawah untuk pic2 yang ada..
uuuUU~~

So, mekeme2 semua ne akan dibahagikan kedalam tiga kumpulan kecil..Setiap satu kumpulan ne kenalah mengisik botol2 kosong yang sedia ada dalam masa yang diberikan..tak silap aku dalam 10 menit kutt...Kumpulan yang dapat mengisik botol dengan paling banyak dikira sebagai pemenang..benda ne biasa2 jek..HAHA~

Then aktiviti seterusnya..MENJALA IKANggg...mati2 la ingat benda ne semua susah..tetapi berkat kesungguhan orang2 pulau ne..benda yg susah menjadi senang akhirnya..Dapatlah satu hari nanti dipraktikkan  InsyaAllah..aaa..belajar dari pengalaman kan....

Menjala IKANgg

Haha..balik2 minah ne..tanyalah paparazzi nya..

Aktiviti Tong Sampan..SUPERB..aktivti ne memerlukan keseimbangan..sedikit tersilap akan membawa padah yang berpanjangan~HAHA..tak boleh duduk depan sgt..blakang sgtt..Benda ne memang boleh bagi otot2 tangan tu naik punya..tangan nak kena ada skill beb~~

Kebanyakan dari pekerja2 yang bekerja di laut menangkap ketam di pulau ini berasal dari Myanmar..Mereka akan bergerak di tengah laut dari satu tempat ke satu tempat menggunakan tong sampan ini..Risiko nya adalah seperti obor2 yang berkeliaran di permukaan air lautt..nak kena jaga tangan..Jika tersentuh dengan tangan.bisanya boleh dirawat dengan AIR KENCING..kalo nak instant laa..haha

Suasana di pantai2..

Sedang dlam2 kelekaan ku menceritakan bab2 aktiviti ne..ada satu ceritera yang tak berapa sedap la nak dengar..SATU insiden malang yang terjadi kepada salah seorang peserta yang sedang melakukan aktivtii Flying Fox..meh kite tengok gambor di bawah..

Insiden yang berlaku semasa Flying Fox..Ouchh~

Insiden mungkin disebabkan beberapa masalah teknikal..tak dapat nak salahkan sesiapa kan..So, dalam masa2 yang akan datang KESELAMATAN tu perlu dititik beratkan lahh..Dalam2 kealpaan dan keseronokan kita beraktiviti, perkara2 sebegini selalu timbul..Ceritanya student ne stop pada salah satu batang pokok yang dilapikkan dengan tilam.Tapi malangnya, tilam tu nampak terlalu usang..macam da seratus tahun kat situ..Mukanya tersembam melanggar batang pokok tu sampai pengsan kutt..sedihhh..

Tidak jauh dari lokasi insiden malang lagi tidak berbau itu ( *xtaulaa kenapa tak berbau rasanya masa tu tengah kena flu..) Adaa satu lagi aktivti yg sedang dijalankan..Benda yang dah common bila pergi mana2 scout punya camp..iaitu MASAKAN RIMBA..macam biasalah masak nasi dalam buluh ( *seram nih..) roti lilit..telur salut lumpur..

Keriangan yang jelas tergambar~Alahaiiii

Haaaaa...ne yang paling best nak dijadikan sebuah ceritera (* tak abes2 dari tadi ceritera nye..:) ) BERAKIT2 DI LAUT..esok hari jangan layu-layuan..HAHA...jangan salahkan aku kalau mutiarakata ne salah..Aktiviti yang paling SUPERB antara yang paling superb..Memang sesuai untuk "mengentalkan" muscle2 yang ada kat tangan tuh..Memang letih wa cakap lu~~{WAK LUU??..} 

Dalam satu sesi semua peserta dalam satu group dibahagikan kepada tiga kumpulan..yelah..ada tiga je rakit..setiap satu rakit boleh memuatkan mungkin 6-7 orang dalam satu2 masa..Peserta tu kena berakit menuju ke satu bendera yang diletakkan di tengah-tengah laut..uhh..sakit2 belakang kita dibuatnya peahh..Benda ne bukanlah mudah..nak kena perhati keadaan air laut tu..menghala kemana..keadaan angin.keadaan ombak dan cara dayungan..tapi takpe belajar demi mencari pengalaman..

Kebetulan bila tiba turn aku buat aktiviti tu..angin tengah betul2 mendung nak hujan..menderu ke pantai..hhhuuuuu...da nampak da apa yg bakal dilalui tuh~takkan sama bila aku berkanu kat Putrajaya dulu..haha..kerjsama dalam pasukan tu kena ada..KIRI...KANAN..KIRI ..KANAN..sorakan tu yg buat "semangat2" tu naik..hooo..


Ombak2~wajah2 bakal penyelamat pantai

Tu dyee~kita cerita pulak pasal satu aktiviti neh..PAINTBALL LAUT..aktiviti ne pong boleh tahan jugak..tapi takpe meh kita tengok muka2 hero2 kita di Rovers Challenge..Haswan Reduan..Joe Labu..dan Qhairie Kamaludin..haha..boleh search nama2 hero ne kat Fesbukk..

Joe Labu.Qhairie Kamaludin dan sorang hero UNITENgg..Haswan Redzuan..boleh search kat twitter @haswanredzuan..( *wan..ko kena payung aku McD sebab babitkan ko dalam cerita neh..)

Dalam aktiviti semua contestant kena shoot target2 yang sudah ready diletakkan di laut tu..Sesiapa yang kena pada sasaran tu..akan dihadiahkan oleh penganjur satu button khas..huu..special..Kita tengok guane target2 tu..scroll ke bawah..

Paparazii..haha..abang ne single mingle lagi..leh search kat FB Muhammad Fazly Ahmad Fazhil..haha..kat depan tu laa target nya..digantung beberapa botol kosong kat situ..ahaha..nasibla kena..target tu akan bergerak2 mengikut alunan irama ombak laut dan deruan angin...satu dalam seribu laa possibility nye nak kena..

Ne la yg dapat diceritakan dalam post bhg 2..post bhg 3 nanti sambungan dari aktiviti2 yang dijalankan di sana..sekian~




















ShareThis