Kisahnya mengenai seorang yang dikira agak dikenali dan pernah mencetuskan kontroversi suatu ketika dahulu atas tuduhan rasuah. Beliau ne merupakan seorang bekas Pengarah Penguatkuasa Majlis Pembandaran Ampang Jaya, Kapten ( B ) Abdul Kudus yang ditakuti oleh peniaga2 haram sekitar Ampang Jaya.
Kapten Kudus suatu ketika dahulu
Dalam tempoh tujuh tahun selepas kes itu dibawa ke mahkamah, pakcik ne sering naik turun mahkamah dengan tujuan untuk membersihkan kembali namanya yang telah tercemar tu..bayangkan laaa..TUJUH TAHUN brooo..punya la sabar pakcik neh..Akibat dari tuduhan tu, pakcik ne mengatakan dye walaupun tidak meringkuk di dalam penjara tetapi dye seolah2 berada di dalam "penjara" hidup kerana sering dicaci maki, dihina, dan pelbagai tohmahan tidak baik dihamburkan kepada pakcik neh..Kesian~~
Tak cukup dari tu, isteri yang disayangi meninggalkan beliau bersama lima orang anaknya..peh..dahla kena fitnah..family sendiri pulak tak percaya..memang sedih..cukup sedih..segala harta seperti rumah2 dan kereta2 nya dijual untuk melangsaikan hutang bank..sedangkan pakcik ne dahulunya seorang agak ternama dan berduit.almaklum lah Pengarah majlis penguatkuasa tuuu..
Tambahan lagi, ugutan2 bunuh yang diterima beliau sangat2 lah mengejutkan..first da kena fitnah..second..anak bini lari..third..kena ugutan bunub pulak..sehinggakan mak kapten ne meninggal akibat terkejut menerima ugutan bunuh yang melibatkan pakcik ne..aduhaiii
Rentetan dari peristiwa ne, pakcik ne akhirnya hidup sebatang kara tanpa ada seorang pun yang menemani..Pergi ke mana sahaja terpaksa menaiki pengangkutan awam..Akhirnya, pakcik ne dapat bekerja sebagai pemandu teksi dan berkahwin lain sehingga dirahmati dengan kedatangan dua orang cahayamata..syukur..
Terdapat banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ne ye anak2...jadilah peneman dikala susah dan dikala senang..jangan pakai main tuduh2 orang je..hari ne dye susah..esok lusa tuhan akan beri balasan kepada kita..haha..baru tau tinggi rendah langit tuh..
apa pendapat anda?
No comments:
Post a Comment