Sunday 21 August 2011

Kami Pengakap Suukaaa Hati.~~

  Kadangkala betul juga pandangan skeptikal orang2 kita ne terhadap budak2 pengakap.."Budak Pengakap ne kerjanya pada waktu Hari Sukan Sekolah ialah mengutip sampah2".."Pengakap ne macam budak sekolah rendah".."amik lencana wtfishh macam budak2 lerr..". Tapi nanti dahulu, nak diceritakan lah suasana ini begitu berbeza di negara-negara luar. Mungkin lah kerana pergerakan2 sebegini hanya berorientasi kokurikulum sekolah semata2 memandangkan ia boleh dijadikan permarkahan pada standard2 terentu..Di negara2 luar seperti negara2 Barat, pergerakan pengakap bergerak seperti pertubuhan belia yang dekat dengan masyarakat..Kita dapat lihat budaya masyarakat Amerika yang dekat dengan dunia kepengakapan sehinggalah memfilemkan budaya itu contohnya dalam filem The Last Eagle Scout..

Tidak ketinggalan juga Indonesia juga yang menghasilkan filem Lima Elang berkisarkan dunia kepengakapan di sana. Pengakap2 di sana digelar Pramuka..


  Pengakap ini sebenarnya adalah sebuah pergerakan yang bersifat global dan bergerak begitu aktif di berbagai negara di dunia..Ahlinya terdiri dari pelbagai peringkat umur dan profesion di serata dunia hatta Profesor dan Pemimpin Dunia sekalipun..Malah, kebanyakan pemimpin dunia yg famous2 tu pernah menjadi seorang Pengakap semasa belianya..

Pergerakan Pengakap di berbagai negara..

  Pergerakan ini menekankan supaya ahlinya menjadi insan yang berguna tidak mengira kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya tanah air masing-masing..Justeru, dalam cabaran menyahut cita2 tersebut, pelbagai skima2 latihan diadakan sesuai dengan peringkat umurnya..Ianya bermula dari Pengakap Kanak-Kanak sehinggalah kepada menjadi seorang Pemimpin Pengakap yang dilatih supaya berkhidmat kepada dunia berpengakap melalui kursus Manikayu yang diadakan pada pelbagai peringkat.

Gilwell Scarf dan Woodbadge

  Tidak kurang pada itu, terdapat dua unit khas yang ditubuhkan dalam Pengakap iaitu Pengakap Laut dan Pengakap Udara. Unit2 ini ditubuhkan khas dalam Persekutuan Pengakap Malaysia. Unik bukan? Da macam satu angkatan tentera la pulok..Setiap satu unit mempunyai skima mereka tersendiri..
Pengakap Udara

Unit Pengakap Laut..

  Walaupun mereka itu sudah tamat persekolahannya, dunia berpengakap tidak tamat disitu brooo..BRO~~...ada lagi beberapa unit khas yang ditadbir setaraf dengan pentadbiran pengakap ni peringkat negeri iaitu kumpulan latihan Kelanasiswa, suatu unit khas Pengakap Kelana yang diwujudkan di IPT-IPT mahupun Politeknik di seluruh negara..Unit ini mempunyai seorang Pesuruhjaya nya sendiri yang terdiri daripada kakitangan universiti samaada pensyarah mahupun staf2 sokongan..Unit ne memang unik kerana kita berpeluang mengadakan aktiviti bersama student2 IPT dari seluruh negara ( *aktivti bersama mencari bakal jodoh pun bole~~hehe..)


  Sebelum ne suda dinyatakan bahawa dunia scouting kat Mesia ne berorientasikan pembelajaran luar bilik darjah justeru itu Pasukan Pengakap dijadikan salah satu badan beruniform rasmi di mana-mana sekolah. Dalam meneruskan kelansungan dunia berpengakap di dunia2 persekolahan ne..terdapat satu lagi unit khas yang ditubuhkan bagi memimpin budak2 ne smua maju~untuk pergi lagi jauh dalam dunia kepengakapan..Tanpa mereka, Pengakap itu tidak mekar~huuu~seperti yang kita lihat pada mse kini.
  
  So, unit tersebut adalah unit K.L.M iaitu Kumpulan Latihan Malaysia yang khas ditbuhkan di IPG atau maktab-maktab perguruan di seluruh negara...Abes je graduate, mekeme2 semua ne da layak untuk memimpin di sekolah2 yang di mana mereka ditempatkan..Unit ne dilatih untuk menjadi bakal2 Pemimpin pengakap yang berwibawa di mana jua berkhidmat. Mereka perlu menjalani kursus Manikayu iaitu suatu pentauliahan bg seseorang bagi membolehkan nya menerajui pertbuhan ini di peringkat2 sekolah. Sebab itulah, kita akan tengok di serata2 Malaysia, guru2 Pengakap tetap akan wujud selari dengan pembangunan pendidikan masa kini..


Terima kasih cikgu~~

Haa..itu sajalah kut dapat diulas kat sini~ada sebarang pembetulan dan komen..Truihh komen haaa kat ruang bwah tu..Wssalam










No comments:

ShareThis